RAMADHAN DI KOLEJ (KMPP)

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah harini dah masuk 25 Ramadhan dan harini jugak baru aku berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah, betapa excited nya aku nak balik raya. Setiap hari bila lepas balik kelas aku akan pasang lagu raya dekat laptop dengan pakai speaker bagi satu aras blok tu dengar. meriah tak terhingga rasanya. Tapi aura raya tu tak dapat rasa sgt berbanding berpuasa kat rumah sebabnya tak dpt tgk iklan2 raya kat tv. Kalau dulu bukan main lagi berebut kat bilik tv tu sbb nak tgk cerita SSID tp sekarang semua sibuk habiskan masa kat bilik je sebab UPS nak dekat.

Apa itu UPS? UPS stand for Ujian Pertengahan Semester. Terasa cepat sgt masa berlalu tup tup dah nak setengah sem dah aku kat matrik ni. Alhamdulillah blajar kat sini best. Ramai kawan2 yg sempoi dan sekepala. Budak praktikum dan kuliah pon semua best2. Cuma subjek ekonomi yg terasa sukar sikit nak go sbbnya aku takde basic masa kat sekolah so jadi susah sikit nak paham. Tapi Insyallah dengan bantuan lecturer dan kawan2 aku boleh berjaya. Amin.. Dulu masa kat sekolah subjek matematik adalah subjek yg paling aku minat dan subjek akaun yg paling aku tak minat. Tapi bila kat matrik dah jadi terbalik pulak. Subjek akaun lah aku jadi minat nak blajar tapi bila subjek math aku selalu tertidur dalam kuliah.Ni semua berpunca dari soalan yg complicated dan mmbuat aku cepat give up nak buat. Mintaklah semoga perangai aku ni tak berulang lagi pada hari2 yg berikunya.

Sepanjang 2minggu ni adalah minggu yang paling stress rasanya.Memandangkan 4raya dah kena balik matrik dan 5raya dah kena jawab UPS so semua kerja kena settle kan sebelum balik kampung. Sepanjang minggu ni pon penuh dengan pra UPS dan kuiz yg kena jawab. Bayangkan lah bila hari2 ada exam, rasa tepu dah otak ni. Harap sangat result UPS ni akan dpt membanggakan kedua ibubapa ku. Amin.. i will try my best mak.. abah..

Alhamdulillah homesick tu dah tak sangat dah. Masa mula mula dulu ye la kritikal sgt. Sampaikan setiap kali mak call mesti pegang tisu atau towel nak lap air mata. Tp skrg sy dah okay :) Cuma kadang2 je emo sikit. hee nasib baiklah aku dapat roomates yg best dan best dan best. haha ketiga tiga roomates aku best2. Mereka lah tempat aku meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Tapi yg  herannya ketiga tiga roomates aku nama siti. haha sorang Siti Hajar, Siti Khathijah dan Siti Asyikin. Nasib baik nama aku tak Siti Emilia. Kalau tak, empat2 Siti dalam bilik tu.

okay this is my closer roomate, Hajar (KEDAH)
Kemana saja bersama dia. outing, merayap, ke cafe, ke koob and so on.

this is Tijah (PENANG)
Sebagai mak kat bilik. sgt keibuan gitu.
Hobi dia suke memekak karoeke dlm bilik dgn aku. haha :)

and the last one is Syikin  (TERENGGANU)
Dia ibarat ustazah dekat bilik tu. always remind us to pray bila kami tgh laghaa.
thank you syikin :)


Okay done kenalkan ahli ahli bilik sy. Comel comel belaka semua yer dok? hehee last two week kami ada outing kat Pulau. Kami sewa kereta Myvi untuk sehari (RM130). 1st time dapat outing sama2 dgn the whole roomates. Selalunya outing berdua dgn Hajar je. so excited dia lebih sikit. Kami decide untuk tidur dekat sana memandangkan rumah Tijah dekat Pulau so save sikit duit hotel kami. hehe best sgt dpt tidur rumah maktok (makcik Tijah). Rumah maktok sebelah je dengan rumah Tijah. sebabkan maktok tinggal sorang, kami pon ramai2 temankan dia tidur kat rumah dia. Rumah maktok rumah kampung, best sgt2. mase malam mmg sejuk giler la sampaikan main tarik2 selimut dgn Hajar n Syikin. Maktok pon peramah sgt n membuatkan aku teringatkan opah aku yg dekat kampung tu.

The whole day kat Penang kitaorg travel satu queensbay. Penat juga lah berjalan sampai ke petang shopping n then plan nak pergi mana semua tergendala. The next day before balik matrik kiteorg pergi Komtar n jalan2 dekat Perangin Mall. Jalan nak pergi Komtar mmg busy sgt. 1st-2 Hajar yg drive kete then bila jalan dah busy semua menjerit jerit dalam kete sbb takut dgn cara Hajar bwk kete. Berapa kali dah kena hon dgn org Penang. Lastly Hajar suruh aku yg drive kete masa balik. 1st time bwk kereta auto n Alhamdulillah semua tak gelabah dlm kereta n tenang ja. Biasanya aku bawak viva manual mak aku je, so rasa seronok pulak bawak auto. releks je rase.


sesi kegedikan bersama Hajar :)

ni masa iftar dekat Seageat. Best sgt tempat ni, betul2 tepi laut.
Abaikan muka annoying dekat atas tu :D

This is my Buddyz, #bestroomates ever #InshaAllah :)