BYE espiemmmm

Hai Assalamualaikum uols. betapa terujanya hari ni nak update blog. hee nak jerit ni "SAYA DAH HABIS SPM! SAYA DAH HABIS SPM! SAYA DAH HABIS SPM!" dengar tak? kuat tu, kalau tak dengar jugak tak tahu lah. bukak telinga, hantar pergi service. haha. Finally! tamat sudah paper SPM yg dinanti nantikan oleh semua pelajar Malaysia yg mengambil jurusan perakaunan batch 95'.

  "Tahniah! kerana anda semua telah pun habis menduduki SPM pada tahun ini. Semoga anda semua berjaya di luar sana." Itulah kata2 terakhir ketua pengawas peperiksaan sebelum kiteorg keluar dari dewan. Semua pelajar kelas 5PA bersorak kegembiraan mcm tgk Malaysia menang bola dekat kedai mamak. haha excited betul budak kelas aku. tak senonoh! hehe keluar je dari dewan, budak laki kelas aku dah menjerit jerit mcm bini nak bersalin anak sulung. hehe seronok sgt lah katakan. Apa lagi, aktiviti membaling tepung pun telah bermula. semuanya larii taknak  kena. haha mmg tak boleh elak lah kome. last time pakai baju sekolah so kena ade pendajal sikit. hihi yg si Meon sebok nak mintak autograf kat baju dia. haha kecoh, habis spm mcm habis berperang je kome. Jgn nak seronok sgt ye. berapa bulan lagi tunggu result ye !

  Nak kata lega sgt tu tak lah. SPM mmg susah ke aku yg tak pandai? boleh dikatakan semua subjek susah. Soalan target banyak tak keluar. tension! paling tension buat akaun, soalan tah ape ape dia bagi. menggaru kepala buat. menyampah! soalan trial negeri2 byk tak keluar. cer bagi penyata penyesuaian bank ke akaun yuran ke. kan senang! Dah lah aku tergolong dlm target plajar A+ akaun. hmm rasa bersalahnya dgn cikgu :'( maafkan sy, cikgu..berpeluh peluh aku buat. addmath lagi senang agaknya. harap sgt dpt credit. Sekurang kurangnya aku dah buat yg terbaik. Aku dah keluarkan semua yg termampu selama aku belajar kat sekolah. Harap sgt dapat result yg membanggakan family :') InsyAllah, please pray for me together "ya Allah, berikanlah kejayaan yg cemerlang dlm SPM kepada Emilia Natasha, Amin.." terima kasih ya kerana doakan sy. semoga doa kalian dimakbulkan olehNya :)

  Buku teks pon dah settle pulangkan kat sekolah balik. hehe tinggal nak lelong buku rivision je ni. Siapa nak pm me. harga lelong sy bagi tau. Buku masih cantik n best2. Lepas hntar buku teks kat sekolah haritu lepak kat naina dgn member2 kelas. Sempoi! Paan belanja. hehe thanks paan. Sorry lah, mule2 saje usik2 paan suruh belanja, last2 dia betul2 nak belanja. nak dekat 40ringgit jugak lah terbang. sian dia. Lepastu kiteorg beralih ke ulu chepor beramai ramai. wee, indahnya mandi sungai lagi lagi musim panas mcmni. best sgt whole day dgn diorg n my lovely ninja pon ikut. love ya!

 Rancangan seterusnya nak ambil lesen kereta 1st then kerja. peewittt Excited! "tiada keretaku bawa kau jalan jalan, rumah pun ku tiada ada pun bapa punya". haha tersasul lagu Jimmy Palikat pula, maafkan sy ;p Kerja belum cari lagi. Tggu Ayu habis exam 5.12.12 ni baru start cari. Harap lah dapat shift kerja yg sesuai dgn waktu n gaji dia lumayan. hhehehe :') semoga bertemu lagi, xoxo . publish! xD *pengaruh Lisa Surihani

 muka last payperrr

 muka tepung gomak. haha

 sempat brgambar dgn pengawas spm, Cikgu Izzudin :)

mase untuk menconteng baju Meon. hihi
dlm Istanbul Aku Datang* hehe k byeeee