ALHAMDULILLAH :')

Dari title macam lega je. Ya, aku lega dan bersyukur sgt. Act result SPM dah keluar 2 week ago tapi hari ni baru nak share dgn kalian semua. Busy nya tuhan je yg tahukan. Cis! ayat mengalahkan v.i.p je. hehehe

Detik2 masa nak ambik result spm mmg gelabah habis lah. Sehari sebelum result keluar aku tak boleh duduk diam lah, resah gelisah diri aku. bak kata orang perak "libang libu"jadi. haha ni semua penangan spm lah ni. Sampaikan nak makan, mandi, tidur pon terbayang bayang result spm. Ada suatu hari tu aku terbawak bawak sampai ke mimpi. Dalam mimpi tu result aku teruk, banyak gagal. credit pon brp je. Punca daripada mimpi tu lah aku tak senang duduk tahu tak. hahaha

Malam sebelum ambik spm tu aku langsung tak boleh fikir apa apa. Dalam kepala otak "RESULT! RESULT! RESULT!" tak tenang jiwa aku. Selepas selesai solat isyak tu aku buat keputusan untuk baca yassin n solat hajat. Alhamdulillah, selesai je baca yassin n solat hajat jiwa dan hati aku tenang sikit dari sebelum tu. Fikiran takda lah terus menerus nak ingat result je. Then sebelum tidur tu ada otp dgn mr.ninja. Mase otp tu pon asyik bukak pasal topik result je. nak pecah kepala otak aku memikirkan. haha aku cadang nak bukak topik lain tapi dia kata nanti melalut lalut "lagha" katanya. haha otp tu bukan "lagha" ke syg? haha senget dia nii.

Pagi masa ambik result tu aku bangun awal subuh, solat subuh n buat solat hajat lagi sekali sbb gemuruh punya pasal. Debaran ambik result SPM ni mmg lain macam dari UPSR n PMR. tak pernah rasa smpai mcmni.smpaikan aku mengadu kat mak betapa takutnya nak ambik result.

Aku : Mak, takutnya nak pergi sekolah kejab lagi.

Mak : Kenapa pulak nak takut? apa yg adik usaha, itulah result adik :)

Aku : _______

Aku pon siap2 mandi semua nak pergi ambik result. Salam mak abah then pergi ambik ayu kat rumah. Lepastu pergi rumah atiqah pulak tunggu aslina then gerak sama2.  Sampai je rumah atiqah, mak dia bagi makan epal sorg satu aku dgn ayu. Mula2 aku taknak makan, then mak dia ckp. "ambik, makan.. makcik dah jampi dah epal tu. comfirm kome dpt 5A punya!" hahaha lawak la makcik ni. aku pon makan ler, nak ambik berkat jampi kononnya. Aslina smpai je kiteorg gerak p sekolah. Rindunyaa sekolah! Rindunya cikgu! Rindunya junior! Sampai je, semua dah ramai kat sekolah. Tggu kat dataran kemain lama. cikgu cakap pukul 10 result keluar tapi 10.30 tak keluar lagi. last2 pkl 11 baru cikgu turun. 1st2 cikgu kelas science turun dulu n Anati org pertama yg ambik result. semua org kerumun tgk dia. Dia menangis smbil tersenyum je. Aku pon excited lah. terus beratur kat depan meja kelas aku.

Tengok2 Cheong dah ambik dulu. Aku pon berebut rebut dgn kwn nak ambik dulu selepas Cheong ambik. Cheong yg keluar awal masa paper akaun pon boleh lulus weh. shock! jarang sekali Cheong lulus akaun. WOWWWW! semua teruja. Aku duduk je kat depan cikgu, cikgu ckp "Emilia, result kamu teruk lah"
aku pon "hah? biar betul? *cryingggggg :'( semua photographer fokus ambik gmbar aku. gila maluu aku. tiba2 cikgu ckp "Tahniah Emilia!" aku pon tgk je result fokus kat gred A je. kira pny kira, Alhamdulillah dpt 5A :) Alhamdulillah.. terkejut sgt sgt. terus aku cium tangan cikgu. teruja Allah yg tahukan. Tak expect langsung boleh dpt 1A pon sbb semua subjek susah. tak dpt nak target apa apa. hmm rezki tu ada dimana saja org tua tua ckp. Aku terus call mak dgn suara teresak esak.

Aku : Assalamualaikum mak, adik dpt 5A!

Mak : w'salam. yeke? Tahniah adik! *crying :")

Alhamdulillah, syukur n lega sgt sekarang ni. walaupun result aku tak gempak mcm kwn2 lain yg dpt straight A tapi aku bangga n happy dgn result aku. Sbb aku sendiri tak target sebanyak itu. Ni semua berkat epal jampi dari mak atiqah. haha *kidding. Harap lepasni dapat tawaran blajar kat uitm. aku mmg minat sgt uitm tak tahu kenapa.Amin..