5PA (PRINSIP AKAUN)

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni tak tahu kenapa terasa rindu sgt dekat 5PA. Macam2 kenangan yang sentiasa terbayang bayang difikiran. Andai kata aku dapat putar kan balik masa, takkan ku biarkan ia berlalu. Cewahhh ayat! 5PA is the best class i have. Dulu masa mula-mula masuk tingkatan 4, memang fikir masak2 sebelum masuk kelas ni sebenarnya. Memandangkan ramai kwn2  kat kelas ni nakal2 belaka membuatkan aku takut nak buat keputusan. Buas habis kwn2 4PA ni, tak payah nak cakap lah kan. Tapi bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal jatuh cinta pulak. hehe itu tipuuuuu je :D

Kebetulan aku memang sgt sukakan matapelajaran math sbb bayak kira2. Aku suka mengira, dan prinsip akaun salah satu subjek yg byk mengira. Dulu aku bercita cita tinggi, nak jadi cikgu, pramugari, model, akauntan. Dan aku rasa kelas ni betul2 bersesuaian dgn aku berbanding kelas aliran scie.

Okay lepas je aku pindah kelas 4PA ni, tak lama lepas tu aku dpt tawaran sekolah Teknik Brash n aku terima tawaran tu tapi tak lama lepastu aku masuk balik sekolah tasek damai n duduk kelas PA balik. Ni semua aura PA yg buat aku tak lama duduk kat asrama. hhihi sebenarnya aku tak minat subjek aliran scie ni, wlaupun aku ambik akaun kat sana tapi tetap kena belajar physic, chemistry. Tak minat k ! Tapi lepas aku masuk balik, kwn2 tak pernah pinggirkan aku, semuanya friendly sgt. Aku dah mula rapat dengan kwn2 kelas aku n perasaan setia kawan tu muncul tiba2.

Aku masih ingat bila kita gotong royong cat kelas, memang ramai yg semangat dtg, time tu aku dah nampak dah semangat diorg. Klau ada event atau pertandingan merepek repek, kelas aku jugak lah yg paling semangat nak masuk. pulun habis kitaorg. Banyak sangat kenangan pahit dan manis duduk kelas ni.

Aku ingat lagi masa form 4, terlalu banyak konflik dlm kelas ni. taktahu kenapa. Sampaikan ramai cikgu2 tarik muka dgn kelas aku. Mungkin masa tu cikgu2 masih tak dapat terima cara kami. Aku paham perasaan cikgu, kalau aku jadi cikgu sekalipun aku akan menangis sedih. Tak dapat lupa masa Cikgu Haniza Kassim baling marker pen dekat Hazirah sbb Hazirah menjawab ckp cikgu. Tak dapat lupa juga bila Cikgu Rosmina tengking2 marah kami masa cikgu kena ganti cikgu lain, sampaikan keluar perkataan "BODOH" dimulut. Tak lupa juga bila Cikgu Salawati menangis dlm kelas sbb tak tahan dengar aduan dari cikgu2 lain. Tak boleh lupa bila Cikgu Rohana suruh duduk luar bila tak siap homework. Tak boleh lupa bila teacher Asyiken cubit pipi bila tak dpt jwb soalan.Tak dapat lupa bila Hazirah kena jampi dgn Teacher Asyiken masa lepas baca yassin. Byk lagi kenangan yg tak boleh lupa. Kalau aku taip semuanya mau terkehel jari aku ni.

Kenangan paling sweet kami pernah buat bila kami buat suprise perform untuk cikgu Salawati. Masa dapat tahu cikgu nak pindah tu, mmg hati ni tak boleh terima sbb she is awesome mama! Kami sempat nyanyikan lagu Guruku Tersayang buat Cikgu Salawati masa tu. Lagu tu pun, pertama kali kami dengar masa dekat makmal science, cikgu yang ajar kami nyanyi. Cikgu pernah cakap yg lagu tu cikgu sendiri pernah nyanyikan untuk cikgu pny cikgu dulu. haa phm tak? hahaha brp minggu kami berlatih. setiap petang semangat dtg sekolah semata mata nak hafal lirik n berlatih vokal. sooo sweet >,<





Lepas Cikgu Salawati pindah, kami dapat guru kelas baru, Cikgu Ayu. Watak cikgu Ayu yg sgt gengster membuatkan kiteorg terkejut mula2nya. Bila dah lama baru tahu yg cikgu ni sempoi habis dan boleh jadi kawan sebenarnya. Walaupun cikgu selalu bsing marah2 kiteorg sambil pegang rotan panjang, tapi still tak takut nak usik dia. Aku dengan Paan lah yg selalu jadi mangsa kena rotan sbb duduk paling dekat dgn dia. haha. Terbayang bayang cikgu sengih2 time kena perli dengan kiteorg. so cuteeee!




 Dengar cerita baru2 ni cikgu baru saja selamat melahirkan baby sulungnya. Tahniah cikgu! Semoga sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta.  Miss you !

# seriously kenangan 5PA terlalu byk dan tak dpt nak coretkan semuanya. Dah letih tangan menaip. Sebahagian je yg dpt aku ceritakan. Walau apapun kenangan bersama kwn2 sentiasa terpahat di hatiku . I <3 YOU!