MATRIKULASI

ASSALAMUALAIKUM

Well macam yang aku pernah cakap kat post sebelum ni yang aku mmg minat nak belajar kat UITM. Tetapi itu bukan rezeki aku. Result UPU dah pon keluar tadi dan aku dapat politeknik premier dalam jurusan kewangan dan perbankan. Bukan tak bagus, tapi kalau boleh aku nak masuk UITM sbb nak merasa suasana U tu mcmna.


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
F2223 - DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN
POLITEKNIK PREMIER

URL SURAT TAWARAN - http://www.politeknik.edu.my

 
Alhamdulillah, aku tetap bersyukur sebabnya ramai lagi kawan2 aku yang nak sgt UPU tapi tak dpt. Sebenarnya aku masih dalam dilema untuk memilih sama ada masuk ke matrikulasi atau poli ni. Sebenarnya tawaran matrikulasi ni aku dah tahu 2minggu yang lepas, tapi memandangkan time tu aku tak berminat so aku ambil endah tak endah saja. Tapi setelah dinasihatkan oleh cikgu n kawan2 aku mula berminat nak masuk matrikulasi memandangkan ramai kawan2 aku dapat belajar kat matrik yang sama iaitu Matrikulasi Pulau Pinang. Confident level aku makin kuat bila aku dapat satu matrik dgn Jamalina (mybestfriend), Nabihah, n ramai lagi kawan2 sekolah teknik aku dulu seperti Oren, Najwatul, Syazni n ramai lagi. Ya Allah, aku yakin n mula rasa bersemangat nak pergi ni.



NamaEMILIA NATASHA BINTI MOHD ANUAR
No Kad Pengenalan950531 --------
No MatrikMA1313513698 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusPERAKAUNAN
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG-KMPP 
Tarikh Mendaftar27 MEI 2013


Ya, lagi seminggu aku akan kesini, InsyaAllah. Semoga aku tabah dan bersedia mental dan fizikal. Walaupun sistem pembelajaran dia agak taff tapi aku yakin, belajar kat sini nanti aku akan lebih serius tambah tambah bila bergaul dengan kawan yg memang dah sah sah nak belajar. InsyAllah dengan berkat doa ibu bapa n kawan2 nanti aku akan berjaya n menyambung degree di Universiti yg lebih baik. Doakan2 je.Amin :)